Ada banyak perkara yang seseorang simpan dalam hati. Ada banyak perkara terpendam yang tak dapat kita nak khabarkan pada orang lain. Cukup kita dan Allah sahaja yang tahu.
Ada blog pun tak guna. Tetap sama, kita tak boleh tulis 100% isi hati kita dekat sini. Sarat hati dengan cinta, rindu, sayang, dan masalah, takkan ada seorang pun yang peduli. Nobody cares about you, someone said. Rasa nak menangis. Betullah, nobody cares. Tak ada orang yang nak tanya dan telek pun isi hati kita. Tak ada, kecuali Allah yang Maha Mendengar. Walaupun hina sehina-hina manusia diri ini, masyaAllah :'(

