Jul 31, 2012

Kita Diberi Pilihan


I reblogged this 'precious words' from my Tumblr and I thought to share it everywhere; Facebook and also here. Sedih selepas baca dan faham. Selama kita hidup di dunia ni, meminjam nafas, mesti susah benar kita cuba duduk diam sejenak dan fikir apa sebenarnya kasih yang abadi. Kita sibuk mencari cinta untuk bahagia di dunia, tapi kita lupa bahawa semua itu hanya pinjaman semata. Kita milik Dia, dan Dia sentiasa buka pintu kemaafanNya untuk kita, lagi-lagi di bulan yang mulia Ramadhan ini, bulan buat ummah kata Rasulullah S.A.W. 

"Tika masih bujang, bila berjauhan dengan famili, kita biasa berbuka puasa seorang diri. Bila dah kahwin, kita berbuka puasa bersama suami/isteri. Bila dah ada anak, kita berbuka puasa bersama famili sendiri. Tika usia meningkat dan tua menghampiri, kita berbuka puasa seorang diri kembali; Suami/isteri meninggal dunia. Pergi meninggalkan kita sendiri. Anak-anak ada kehidupan masing-masing dan famili sendiri. Barulah kita sedar, tiada satu pun yang kita kasihi kekal abadi. Selain kasih Ilahi, kasih Nabi dan hidup berlandas Qurani."

Kalau umur ini Allah panjangkan, mungkin akan kita punya kehidupan seperti yang di atas ni. Tak mustahil kan, memikirkan kebarangkalian. Tak ada istilah bahagia selamanya dalam dunia ni. Happily ever after itu hanya di syurga abadi, yang belum tentu dapat kita duduki. Kita yang menentukan hala tuju kita, kau pilih neraka ataupun syurga, it's in your hand. Pesanan buat diri sendiri terutamanya.