Oct 27, 2012

Takut Terjebak


Bukannya tak pernah bercinta sebelum ni. Pernah. Memang indah, rasa disayangi. Ada orang ambil berat. Ada orang nak layan perangai dan karenah. Tapi dalam yang indah-indah tu sebenarnya banyak beban tertanggung yang menyusahkan diri sendiri. Hidup rasa tak tenang. Sebab apa? Sebab berdosa, sebab bercinta salah cara. 

Dah hampir dua tahun hati ini tak ada yang punya. Alhamdulillah, tak ada rasa rimas dan terganggu. Tak perlu pegang handphone hari-hari setiap masa dan bergayut setiap malam sampai panas handphone macam nak meletup rasanya. Berkawan dengan semua orang! Itu lebih menyelesakan.

Ada juga perasaan inginkan seorang teman istimewa, tapi dalam ramai yang meminta, satu pun tak boleh nak diterima. Kenapa? Padahal mahu. Tiba-tiba terdetik di hati, mungkin Allah tak buka pintu hati untuk menerima kerana pertama, lelaki itu bukan orangnya yang bakal miliki hati kau selamanya. Kedua, kerana biarlah kau terus menjaga hati seperti dua tahun yang telah kau lalui sehingga tiba suatu saat bila Allah anugerahkan kebahagiaan untuk memiliki dan dimiliki itu kepada kau semula dengan cara yang halal dan suci, diredhai. InsyaAllah.

Mudah diri ini mencintai. Andai yang dekat-dekat denganku itu bukan untukku, maka Kau jauhkanlah dia dari aku ya Allah, jauh-jauh :'(