Sedari kecil lagi Dia dah uji Khairun Nasehah. Kehidupan yang orang lain dapat tu, tak sama macam apa yang diri ini dapat. Seorang anak kecil yang tak faham apa-apa. Tapi ini semua dah tertulis, dan diri ini tak pernah ingin menyalahkan sesiapa.
Diri ini sayangkan semua orang, tetapi tak semua orang sayangkan kita, dan itu adalah ujian. Kita diam dan tidak berkata tentang orang, tetapi orang yang kita diam-diamkan aibnya itu sibuk menjaja cerita tentang kita, dan itu adalah ujian. Persepsi orang kepada kita pun berbeza-beza, tanpa sebenarnya tiada seorang pun yang tahu siapa kita yang sebenar, dan itu adalah ujian. Kadang-kadang orang mereka-reka cerita dan melibatkan kita, dan itu adalah ujian. Ada orang pula yang memerlukan kita tapi khabarkan pada orang yang kita ini makhluk yang menyusahkan, dan ini adalah ujian. Sesetengah orang bagi mereka wang dan harta adalah segalanya, dan apa peduli kalau dirinya memburukkan orang terdekat untuk menampakkan mereka sahaja yang betul dan teraniaya, dan itu adalah ujian.
Ujian ni besar sangat, dan selama tiga belas tahun Khairun Nasehah kena bertahan dengan ujian ni. Memang betul, orang lain pun ada terkena tempiasnya, tapi diri ini adalah objek utama yang berada di tempat tu. Dikelilingi dengan orang-orang kaya yang berotak sempit, dan bercakap tidak pernah mahu menggunakan akal, itu adalah ujian. Dalam konteks ni bukannya diri ini mahu mengaku benar, tapi.. Orang lain tak mengerti.
Dan sebab inilah Khairun Nasehah rindukan Mohamed Zulkifli bin Mohamed Amin. Pernah dulu diri ini bertanya pada Allah, mengapa Kau ambil nyawa dia terlebih dahulu berbanding dengan nyawa orang yang lebih patut dijauhkan dirinya dari diri ini. Dan ini adalah soalan yang benar bodoh bagi seorang yang tidak matang dahulunya. Bila meningkat dewasa diri ini sudah faham konsep ajal dan maut, dan ujian Allah. Diri ini ditinggalkan terkapai-kapai bila dia tak ada.
Sampai sekarang diri ini bertahan, pendam dan simpan. Hanya Allah tempat untuk mengadu. Tapi Allah masih lagi mahu uji, lalu Dia memanjangkan tempoh ujian ini. Islam itu adalah kesabaran. Dan sungguh, Allah ingin mengajar diri ini untuk terus bersabar. Mungkin sebab itu akan diri ini simpan semuanya sampai Allah ambil nyawa kita dari dunia Dia, mahupun Allah ambil dirinya dari dunia Dia. Dan masa tu, diri ini hanya akan memaafkan semuanya, walaupun betapa sakit dan terderanya hati ini hanya Allah yang tahu. Setiap saat diri ini mendoakan kesejahteraannya, semoga dibaikpulihkan hatinya, semoga dibaikpulihkan diri sendiri juga, dan semoga tiada dendam yang tersimpan dan hanya maaf yang menanti.
Tapi Allah tu adil, Allah bagi ujian ini tapi Allah juga bagi sebuah keluarga kecil yang bahagia, dan kawan-kawan yang ceria. Seronoknya, Alhamdulillah..
Ada satu harapan. Kalau boleh, diri ini berharap suatu hari nanti Allah hadiahkan seseorang yang boleh diri ini kongsikan dan luahkan semuanya, yang boleh pinjamkan bahu dia untuk diri ini menangis sepuasnya dan lapkan air mata yang bakal jatuh banyak merembes-rembes. Dan juga boleh beri nasihat dalam menghadapi ujian yang satu ini. I wish, dan Allah Maha Mengetahui, dan hanya kepada Dia diri ini meminta..

