Jul 11, 2012

Kau Minta


"Kalau kau minta cinta tapi tak ingin jatuh, kau bagai inginkan syurga tapi tak mau diuji imanmu.."
Banyak kali ayat ni diulang baca, sebab mula-mula baca tak berapa nak faham. Lepas ulang baca, barulah dapat faham walaupun mungkin apa yang saya faham ni tak sama dengan apa yang orang lain faham :') Kita manusia memang selalu meminta, dan berharap tentang banyak perkara. Mengidamkan semua yang baik-baik sahaja. Contoh sekarang, ramai sangat yang seboleh-bolehnya mahu bercinta selepas berkahwin. Kahwin dulu, kemudian baru bercinta.

Samalah dengan Khairun Nasehah. It's kinda a very sweet thing, to create love after marriage. Tapi rupanya, kita berkata sebelum berfikir panjang. Memang seronok kalau bercinta selepas berkahwin, lagi-lagi bila sememangnya itu yang kita mahukan. Tapi kita lupa siapa yang berkuasa? Yang merancang kehidupan kita adalah diri kita sendiri, sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Betul tak kalau saya cakap yang tak semua perkara yang kita minta kita akan peroleh di dunia ini?

Mungkin, kita boleh minta pada Allah, saya nak sebuah cinta melalui sebuah perkahwinan. Tetapi sekiranya Allah takdirkan yang cinta itu datang sebelum berkahwin? Itu adalah ujian. Allah mungkin ingin menguji sejauh mana keimanan kita. Sehebat mana iman kita untuk mengawal nafsu kita. 

Khairun Nasehah pun mahu juga bercinta selepas berkahwin, but as soal jodoh is in His hand, sama ada cinta sebelum atau selepas berkahwin, kedua-duanya adalah ujian dari Ya Rabb :')

*Nurul Izyan kata kalau kita berdoa akan sesuatu kepada Allah, sentiasa teruskan berdoa tanpa jemu dan putus asa. Sebab bimbang saat kita sudah jemu dan berputus asa itulah saat di mana Allah sudah hampir mahu mengabulkan doa kita. Istiqomah yaa :')