Jul 10, 2012

Dulu Saya Pernah Bercinta

Dulu, saya pernah bercinta. Cerita dia pelik dari kisah orang lain. Peliknya, sampai buat saya rasa nak tergelak campur nak menangis. Tapi bila dah besar matang macam ni, saya dah faham suatu konsep. Yang mana aturan Allah itu ada sebabnya, dan insyaAllah untuk semua persoalan tu ada jawapannya. Saya tak tunggu dia, cuma saya tunggu Allah tunjukkan pada saya siapa dia. Terkadang saya terfikir, saya bukanlah sesiapa untuk meminta itu dan ini daripada-Nya, dan mungkin apa yang saya ingin tahu ni saya tak akan tahu. Dan hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Rupa dia langsung tak pernah mata ini melihat dengan benar, dan suara dia langsung tidak pernah telinga ini mendengar walaupun untuk sepatah perkataan. Tapi kebanyakan kata-kata dia masih terkesan dalam hati ini sampai kini.

Dia baik, dia anak yang baik, dan dia kawan yang baik. Dia tiada ayah, dan dia anak kedua dalam keluarga yang mana juga anak lelaki sulung dalam keluarga. Dia sayangkan emak, kakak, dan adik-adik dia. Dia nak belajar betul-betul untuk tunaikan hasrat arwah ayah dia untuk jadi seorang yang berjaya, dan untuk menggembirakan emak dia. Dia nak jadi contoh yang baik untuk adik-adik dia. Dan dia nak melindungi keluarga dia. Dia macam hero, kan? Ada sekali tu dia kata, "Kalau boleh saya nak kakak dengan adik-adik saya kahwin dulu, kemudian baru saya kahwin." Masa dia tuturkan perkara ni, adik dia yang bongsu baru enam tahun. Sebab apa? Dia tak cakap pun saya tahu, dia nak pastikan semuanya dah dilindungi, supaya semuanya sudah ada penjaga masing-masing, kemudian barulah dia boleh 'buka' tanggungjawab yang baru.

Suatu hari tu, seorang sahabat telefon. Kawan baik dia dekat sekolah, dan kawan baik dia tu adalah perempuan. Kelakar tak? Kawan dia ni brutal sangat, cakap pun macam gangster. Nama dia Shira. Rindu nak dengar suara Shira. Shira je tempat kita nak tahu apa-apa pasal dia, walaupun Shira tu pun sebenarnya macam kedekut perihal dia dan macam nak sorokkan sesuatu. Dia selalu called zaman sekolah dulu, selalu report macam-macam. Selalu cerita macam-macam pasal si dia. Kadang-kadang dengar suara orang bisik-bisik belakang Shira. Mesti dialah tu yang tengah bisik-bisik tu, bagi arahan suruh cakap itu ini. 

Sekali tu Shira called lepas tu beritahu yang dia nak post sesuatu sampai rumah. Shira pun suruh ulang alamat rumah yang panjang lebar tu. Suruh ulang dua kali pulak tu. Tapi lepas tu barangnya tak sampai-sampai pun sampailah sekarang. Nak tahu tak kenapa? Rupanya dia yang suruh Shira buat macam tu supaya dia sempat nak dengar suara kita. Dia jahat dan tak adil kan? Kenapa dia buat macam tu? Yang sweet tu bila Shira called lepas tu baca short note yang dia dah siap tulis. Kadang-kadang tu, Shira bagi kod rahsia yang kita kena cari apa perkataan behind that codes. Memang sedih bila teringat, tapi gembira, tapi tak apalah. Ni semua dulu. Dah tiga tahun dah Shira tak telefon, dia kata Shira dah sambung belajar dekat Mesir. Pun teringin nak tahu siapa Shira, dan teringin juga nak jumpa Shira suatu hari nanti. Andai kata Allah izinkan.

Kadang-kadang tu saya persoalkan dekat dia, kenapa dia tak telefon je dan cakap sendiri? Dia kata susahlah dekat hostel, budak-budak lain suka kacau kalau tengah cakap telefon. Kadang-kadang tu saya persoalkan dekat dia, "Bisu ke?!" Dia jawab, "Aah, bisu." Dan dia selalu cakap, 'one fine day'. Maksud dia akan ada suatu hari pada masa akan datang yang mana semua misteri yang dia buat ni akan terungkai. Kenapa dia pelik macam ni. Kelakar, kan?

Dia berbezanya dengan orang lain. Dia ada sesuatu yang orang lain tak ada. Misteri. Dia misteri, dan dia selalu buat diri ni terkilan. Suatu hari tu, mungkin kebetulan kami ke pusat beli belah yang sama. Kalaulah terserempak, selepas dua tahun saling mengenali. Tapi macam mana nak tahu, sebab rupa dia tidak diketahui keadaannya. Telefon bimbit berdering-dering. Miss called lebih kurang enam ke tujuh kali daripada dia. Tak lama lepas tu dia mesej, dia kata "Saya nampak awak, baju blouse biru gelap." Nak tergelak pun ada sekarang ni, bijaknya dia. Tapi sedih pun ada sekali, sebab dia kawan yang tak adil. Dia je nampak kita tapi kita tak nampak pun dia sampai ke sudah. Sampai saya tuduh semua description yang dia bagi pasal dia tu semuanya tipu. Sedihnya. Dia nampak saya, nampak adik-adik, nampak emak, nampak ayah. Huh, marah!

Hari jadi pertama kita dalam tempoh kami berkawan tu, jatuh pada hari biasa. Hari sekolah, tapi tak sangka pula bila bangun pagi tu ada message wishing me happy birthday dan miss called dari dia. Tak sangka sebab since dia duduk asrama penuh, he is prohibited to bring handphone. Apa lagi, cepat je saya balas mesej tu dengan harapan dia akan balas semula, and I'm glad that he replied. Dia tanya, "Kenapa tak angkat telefon? Dah tidur ke?" And then he said, "Ruginya dia tidur, ingatkan nak cakap something." Dan nak tahu tak apa yang paling mengecewakan pada hari tu? Dia kata peluang tu dia beri sekali je iaitu tepat pada jam 12 pagi pada 2 September 2008. And I missed the chance to speak with him. Kelakar, kan?

Kalau hari Ahad je mesti tak best time sekolah-sekolah dulu, sebab bila hari Ahad dia kena balik sekolah dia. Dan dia kena masuk hostel sebelum pukul 6 petang. So that bila hari Ahad je rasa macam sedih je. Suatu hari tu dia cakap dia tak balik sekolah hari tu. Wah seronoknya, dan buat macam biasa je sampailah bila dah nak dekat pukul 6 dia kata dia kena pass handphone dekat mak dia dah and sorry for the lie he made. Dia buat kelakar lagi.

Masa saya di Tingkatan 5, dia dah habis sekolah (since dia tua setahun). Kitorang dah tak rapat macam dulu dah, sebab selalu bergaduh dan dia tak pernah faham saya dan saya memang tak faham dia dengan perangai dia yang bajet nak misteri sangat tu. And suprisingly on my birthday, he didn't wish my birthday. Sedih, mungkin dia dah tak ingat. But come hell or high water, I'm not going to text him and ask for it. Sebulan lepas tu hari raya pertama, suddenly I got a message saying happy birthday. Lewat! Dan nak tahu dia jawab apa? Dia cakap, semua orang nak berebut wish birthday untuk jadi orang yang pertama, so for this time dia nak jadi yang terakhir pulak so that I will remember this forever. Dan ya, memang saya ingat perkara ni sampai sekarang sebab tak pernah ada orang dalam dunia ni buat macam ni dan cakap macam tu. Kelakar, kan?

Tahun depannya, kita dah sambung belajar. Memang dah lama tak contact dia pun. Baguslah, buat apa nak bebankan diri ni dengan orang yang selalu nak buat hati kita gundah gulana dan sakit hati dan curious membuak-buak tapi tak akan puas hati. Suatu hari tu, tengah tengok wayang dengan budak-budak kelas. Memang dari pagi tadi tiba-tiba dia mesej panjang berjela tapi lepas tu berbalas-balas macam biasa. Tiba-tiba petang tu dalam panggung wayang tu, dia buat ucapan perpisahan. Peliknya, memang pelik. Menyampah pun ada, kenapalah dia ni suka bikin onar. Huh, marah!

Tapi dia tak tipu, dia cakap benda betul yang dia dah nak pergi. Nak pergi jauh. Rupanya setahun yang kita tak tahu dia buat apa tu dia buat preparation untuk pergi oversea. Dan flight dia sekejap je lagi, dan dia minta kita buat pesanan terakhir. Lepas tu dapat mesej terakhir dia hari tu pesan macam-macam dan yang penting dia kata jangan tunggu dia balik. Kelakar, kan? Macam tak percaya je, so kita called tapi memang masa tu dengar  

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sekali lagi."

Maka mengalirlah air mata dalam panggung wayang yang gelap tu, dan betapa susahnya bila kena kuatkan hati simpan perasaan yang memang tengah sedih tu dan berlakon gembira depan kawan-kawan kelas lepas tu. Mesej terakhir dia tu, kita balas. Walaupun tahu mungkin mesej tu tak sampai pun dekat dia dah. Kelakar, kan? 

Dia ni memang macam ni. Kalau dia bagitahu awal-awal dah confirm awal-awal lagi kita dah sedih kan? Sebab tu dia bagitahu bila masa yang dia betul-betul dah nak pergi. Dia kawan yang sangat pelik, sangat misteri dan lain daripada orang lain. Dan benda ni buat kita tak akan pernah lupa dia.

Dulu, kita pernah selongkar laman web sekolah dia sebab nak cari seorang pelajar yakni dia lah, but I failed. I searched for his name on Facebook, Twitter, Myspace and all, and I failed. Dan mungkin dia bercakap benar yang dia tak ada mana-mana akaun laman sosial. For him to know, I am a friend who always believing in his words, on anything he said, because he is friend and as being friend, honesty is what comes first. And well, I still doing this till this time when I miss him.

Kalau dia balik Malaysia, dia akan cari kita. Cerita-cerita macam biasa, tapi nampak sangat yang kitorang dah tak rapat macam dulu. Kalau jumpa dengan sahabat yang ini suatu hari nanti, saya nak berterima kasih dekat dia. Sebab dia ajar saya jadi perempuan matang yang mempunyai hati yang kuat. Kuat yang orang lain tak akan faham. Orang lain tak akan faham jasa sahabat ni pada saya. Orang lain tak akan faham.

Shira pernah beritahu yang dia sakit but he denied when I asked him. You know what? The hardest part of this friendship is to seek the truth when you don't know the truth. And I am the one who understand this feeling.

Kali terakhir berhubung pada bulan Februari 2012. Dia tak berubah, macam dulu juga. Dia ada satu pendirian yang dia pegang sejak kami kenal dulu, dan dia masih berpegang teguh pada pendirian dia. Dia seorang yang kuat, and I admire this friend. 1 Syawal ni, akan genap 5 tahun persahabatan misteri ni terjalin. 5 tahun saya bertahan dengan manusia misteri ni, berkongsi banyak cerita. Boleh tak Allah temukan saya dengan sahabat yang sangat misteri ni suatu hari nanti? Walaupun hanya batu nisan mungkin ;'(

And last to tell, I love this friend.