Mar 15, 2013

Tolonglah Bersyukur

Dunia sekarang ni didiami oleh bangsa-bangsa yang berakal pendek. Akal ada, bukan takde, tapi pendeknya. Geram rasa macam nak tumbuk-tumbuk guling-guling. Dunia sekarang betul-betul dah terbalik, and those upside-down situations really made me sad. To think of it everyday, make me worries much on what will happen next to us, to our religion, to this country, to this world, to my future children, to the next generation. Somebody needs to repair these things, but whom?

Hobi manusia sekarang ni, suka mengomel. Suka komen maaaaaaa-cam-macam. Ada je yang tak puas hati dekat situ, tak puas hati dekat sini. Perkara yang baik bawa manfaat dikatanya bosan, entah apa-apa, mengarut. Kalau nak hidup sedap je, tak payah hiduplah, pergi masuk syurga sana! (But the thing is, boleh ke nak masuk syurga? Nak hidup sedap sangat kan?) Biar susah-susah di dunia, biar tak enjoy sangat dekat dunia, dekat syurga nanti lagi best. Tapi dekat dunia sekarang ni bukan main lagi nak enjoy segala bagai jenis enjoy kan? Belajar pun sampai degree sebab rasa perlu belajar, bukan sebab betul-betul nak belajar nak jadi orang berguna nak cari rezeki untuk bakal keluarga.

Pada pendapat aku, like seriously, kalau kau orang tak suka apa program yang universiti buat untuk kau orang walhal program tu semua sah-sah bawak manfaat untuk kau orang semua, baik kau orang tak payah masuk universiti. Keikhlasan pergi program wajib tak ada tu SATU hal, DUA hal pulak pasai apa? Pasai lepas tu kau orang bawak mulut kutuk tempat korang cari ilmu, kutuk pentadbiran yang 'Oh ye kita terima budak ni masuk U sebab dia layak, lagi pulak anak Melayu.' sooo kau orang tak malu ke?

Kalaulah universiti/fakulti tu adalah entiti yang berjiwa dan berhati, dah lama dia menangis sebab ada makhluk macam ni yang tak tahu bersyukur. Walaupun orang kata nak masuk universiti tu perkara yang mudah, tetapi! berlambak lagi orang yang tak dapat masuk universiti yang nak sangat masuk universiti, jadi tolonglah hargai dekat mana kau orang berpijak sekarang sebab kalau Allah nak tarik rezeki kita, bila-bila sahaja pun Allah boleh tarik.

Jadi mahasiswa, tolong bertindak sebagai seorang mahasiswa.