Baru je mesej Kak Nana untuk join ERA tahun ni. Tahun lepas dah terlepas peluang sebab dia buat bulan Julai semasa cuti semester. Walaupun Abang Ash beria-ria suruh kita pi sana, tapi masa tu dah balik rumah dah pun. Tapi kali ni, bulan Mei so boleh sangat pergi. Tujuh hari okay, tujuh hari! Program inilah program GPMS yang paling misteri sebab semua tak tahu apa tentatifnya, purr purr.
Mula-mula macam takut nak pergi, tapi bila fikir-fikir balik sampai bila kau nak takut? Bila difikir-fikir balik orang-orang lain lepas je pergi dan selamat je balik, malah happy yang amat, so me, why not? Yan pun pergi, Muni pun. Mia dengan Aby mungkin pergi.
Oh this is the upcoming challenge of mine. Kalau Allah izinkan, inshaAllah akan kudaki Gunung Ledang :)


