Sobsob, sedih pulak bila program Selangkah Ke Alam Universiti 2013 melabuhkan tirai pada 24 Mac yang lalu. Terasa rindu pada management team yang best dan baik hati. Macam keluarga sangat. Especially bila program berlangsung, ukhuwah tu makin rapat. Seronok. Thank you GPMS :)
Sebagai satu-satunya AJK Sijil dan Cenderahati, rasa tercabar bila kena buat semuanya sendiri. Tapi, tak sesusah itu sebab ramai je yang sudi teman pergi sana-sini, dan ramai je yang sudi tolong buat itu ini. Terima kasih sangat, tolong-menolong tu yang bagi tambah kasih sayang sebenarnya. Appreciate that much. Dan rasa happy jugak bila dapat tolong AJK yang lain. Sebab semuanya memang tak menang tangan sebenarnya.
Pesanan untuk diri sendiri, jangan manja sangat. Jangan manjakan diri sendiri. Tak boleh manja-manja. Walaupun ada merungut sikit-sikit, mashaAllah rasa berdosa! apa yang dah aku buat ni. Sebab, should be bila kita rela hati involved dalam sesuatu kerja, apa yang utama dalam kerja kita adalah ikhlas. Wajib ikhlas, barulah semua pun lancar.
All in all SKAU bestnya! Sayang!Gonna miss everyone.


