Mar 29, 2013

Derma

Alhamdulillah pada usia 20 tahun 6 bulan 25 hari, Allah SWT memberi peluang kepada Khairun Nasehah untuk menderma sesuatu yang belum pernah dia dermakan. Menderma duit, pakaian, dan senyuman sudah sinonim. Oleh itu, kali ini teringin mahu memberikan sesuatu dalam bentuk yang berlainan, sesuatu yang merah. Semua orang suka merah, merah cantik, kan?

Kelakar pun ada, sebab diri ini memang takut 'sakit'. Sakit sikit pun tak boleh. Aih, manja sangat, pukpuk kang. Tapi dari Allah SWT aku minta diberi kekuatan tu, walaupun ketar masa beratur panjang, sambil-sambil tu tengok orang lain yang tengah menderma. Kalau diorang boleh, kenapa aku tak boleh. Lalu, semangat pun hadir, cewah. Ada yang senyum ketawa-ketawa lagi sambil derma.

Rasa seronok lepas derma. Tertanya-tanya, siapalah gerangan tuan punya badan yang akan pakai darah tu nanti. Allah tahu :') 

Selepas 3 bulan, nak derma lagi dengan izin Allah.

p/s: "Tak takut ke derma darah?" 
       "Nak derma duit tak mampu, derma darah je yang mampu."