Jun 19, 2012

Kehilangan Lagi

Bukan hilang dompet atau handphone, tapi kehilangan seseorang. Bukan dicuri dirampas mahupun diculik, tapi diambil semula oleh 'pemilik'nya. Tempoh pinjaman mungkin sudah tamat, sehingga 18 Jun 2012 sahaja. Ahmad Zahir bin Abdul Hamid, the most beloved uncle that I had, now gone and it was so sudden.

16++ PM/18 June
Kita beli Roti Impit dengan Hana dengan Izyan. Lepas tu roti tu jatuh. Maybe that was a sign? Beberapa lama selepas tu, about five minutes later, I got a BBM from Abang Ash telling me that he will bring me back to Bentong. Pakteh dah tak ada. And I was like, so blur. Hah, betul ke? Ke Abang Ash main-main? Takkan tiba-tiba meninggal? Pakteh yang mana ni? Ish betul ke tipu ni? Ish tak percayalah! Karut! Dan setiap saat dalam akal masa tu hanya duduk memikirkan kesahihan berita tu. Betul ke, betul ke? Sambil kaki dan lutut goyang-goyang, dan jari jemari tangan kanan bertemu pasangannya. Sambil persoalkan dekat Abnag Ash "Betul ke ni?", kita terus mesej Emak dan tanya. Mak jawab, "Ya, dah takde." Betul ke? Sangat tak percayaaaa. Sangat tiba-tiba. Hmm.

Dalam sepuluh ke lima belas minit selepas tu baru mula menitiskan air mata, sebab macam tak percaya, dan memang tak percaya! Pakteh dah tak ada, betul ke? Siapa yang nak sahihkan ni? Siapa je yang boleh buat kita percaya ni? Tengok pulak status BBM Abang Ash, macam betul. Takkan semua orang nak buat hal mati hal main-main. Gundah gulana sangat sebab kelas habis pukul 8 malam hari ni. Nak balik, takutnya tak sempat tengok dan cium jenazah buat kali terakhir. And all the time along, sikitpun tak fokus dah dekat apa yang Madam Latipah explained about the accounting. Teringat dekat pakteh, terfikir betul ke tipu, dan risau apa akan jadi pada makteh dan dua orang anak yang masih kecil dan nakal dan tak faham apa-apa dan sayangkan ayah diorang sangat-sangat. Ya Allah, besar ujian Kau berikan pada insan itu.

Kelas Quality Management pula sampai 7.45PM, jalan laju balik kolej, mandi dan solat, lepas tu terus chow dengan Abang Ash. Dengan hal GPMS yang ada sedikit masalah, daripada nak bertolak lepas Maghrib jadi lepas Isya'. Dalam kereta called Emak, rupanya pengebumian jenazah sekejap lagi tunggu Tok dari Penang. Nak kebumi malam tu juga.

Terkejut sekejap, macam mana Tok boleh ada dekat rumah Maknjang di Penang. Rupanya, arwah baru je beli kereta baru. Lepas tu, Tok ajak ayah balik Penang, hantarkan Tok ke sana. Tapi arwah cepat je mencelah, "Mak balik dengan sayalah. Kita kan baru beli kereta baru." Lepas tu, arwah Pakteh excited sangat nak balik Penang 15 Jun tu, sebab Kak Chik Suryati dijadualkan bersalin anak kedua esoknya (16 Jun), sama dengan tarikh hari lahir Pakteh. Arwah sangat gembira dan teruja. Maknjang cerita, dia tunggu dekat bilik bersalin sampai baby keluar, dan dia sempat tengok cucu saudara baru. Lepas tu, dia berkeras juga dari Penang nak balik ke Kedah (rumah ibu mertua), walaupun rumah saudara yang dekat Penang pun tak habis lawat lagi. Rupanya, itulah lawatan kali terakhir. Tak siapa yang tahu.

Kesian dekat Nadhirah. Dia dekat Matrikulasi Gambang. Dan dia tengah exam. Kalau balik malam tu untuk ambil dia pun pergi balik dah 6 jam, buang waktu sebab dia takkan sempat tengok pun. Tapi kita tahu Angah sangat sedih. Dia tanya, "Kenapa emak bagitahu Angah? Macam mana ANgah nak jawab exam ni?" "Angah sedih sangat. Pakteh baru je jemput Angah masa balik hari tu bawa naik kereta baru dia." Mesti Nadhirah sedih sangat, daripada kecil rapat sangat dengan Pakteh dan Makteh.

Pakteh baik. Pakteh suka je ceria-ceria. Pakteh suka bagi komen-komen sampai kadang-kadang kita rasa annoying tapi sebenarnya semua yang dia cakap tu betul! Pakteh selalu bagi idea-idea yang memberangsangkan. Pakteh rajin. Pakteh pandai masak, sedap. Pakteh suka tolong orang kalau kesusahan. Masa kakak demam dulu, ayah kerja, pakteh yang tolong bawa pergi klinik :(

Pakteh, siapa yang nak buatkan roti canai untuk kitorang lagi? Siapa yang nak buatkan sup tulang satu periuk besar masa hari raya nanti? Siapa yang nak tolong sembelih ayam-ayam untuk rendang? Siapa yang nak tolong lapah-lapahkan lembu korban bila raya haji nanti? Siapa yang nak jaga Makteh, Siti dengan Ain? Siapa yang nak tolong hantarkan Tok pergi ke mana-mana? Siapa yang nak jagakan kebun-kebun getah dengan kelapa sawit semua? Siapa yang nak buatkan ketupat daun palas untuk kitorang lagi? 

Makteh asyik menangis je, tak berhenti. Siapa tak sedih hilang suami, orang yang dicintai. Kesian Makteh, tak ada tempat bergantung dah. Kami semua sedih tengok Makteh. Semua kalau menangis sebab tengok Makteh, Makteh yang manja sangat dengan Pakteh. Yang selalu romantis. Sedihnya. Siti dengan Ain macam tak faham apa-apa lagi. Sekarang masa tengah ramai orang dalam rumah tu mungkin diorang gembiralah sebab ada kawan nak main. Tapi nanti bila semua dah tak ada mesti diorang akan rasa sunyi, dan akan tanya mana ayah. 

Siti ada tanya kenapa ayah dia meninggal. Ain pulak menangis bila dia suruh Abang Ash repair basikal dia yang rosak. Dia cakap, "Nanti siapa nak bawa kereta ayah? Emak tak reti bawak kereta." Mesti dalam diorang happy-happy sebenarnya diorang ada rasa something.

Semua orang mesti sangat merasai kehilangan Pakteh. Emak cakap petang yang Pakteh meninggal tu, satu kampung datang, Chinese and Indian pun datang jugak. Malam tu pukul 11 malam (lebih kurang) baru Tok sampai dari Penang dengan Maknjang dan lain-lain. Belum turun kereta lagi Tok dah menangis. Anak lelaki kesayangan dia dah tak ada. Agaknya apalah perasaan seorang ibu bila anak dia pergi? Pakteh anak yang baik, walaupun kadang-kadang selalu argue dengan Tok, Pakteh anak yang baik. Even when kitorang main psychology test pun, memang Pakteh sayang emak dia. Alhamdulillah semua dapat tengok arwah, dan dapat cium. Sejuknya. Tak sangka, Pakteh yang terbaring dan dibalut tu.

Alhamdulillah, malam tu jugak jenazah dikebumikan. Tanah cantik debunya. Banyak lebihan tanah. Sayang nak tinggalkan tanah perkuburan, sayang nak tinggalkan Pakteh. Sayang sangat. Pakteh duduk dengan arwah Tok Wan ye.. :(

Naqib yang dua tahun pun tak lupakan Pakteh pun lagi. Naqib selalu je tanya, "Pakteh, pakteh." 'Pakteh takde." Sambil buat tangan takde. "Pakteh beli ikan." Sambil buat tangan tunjuk ke dapur. Naqib yang dua tahun pun rindukan Pakteh, ingatkan Pakteh, dan tak cepat lupakan Pakteh. Betapa terkesannya kehilangan Pakteh di hati kami anak-anak saudara Pakteh.

Pakteh dah ibarat ayah kedua kakak dah. Kakak rindu betul dekat Pakteh. Tapi Allah lebih sayang. Walau sesedih manapun kami di sini, walau selemah mana pun kami lalui atas kehilangan Pakteh dari hidup kami, kami takkan lupa sedekahkan ayat-ayat suci untuk Pakteh. Kami semua sayangkan Pakteh. Sayang betul.

Rindu ya amat. Allah sahaja yang tahu. Semoga tenang di sana, jangan lupa kami, jangan lupa kakak. Nanti kita jumpa lagi.