He thought I was the same person as before, as he knew. And he was absolutely wrong, because I changed a lot.
Dulu mungkin aku akan sedih bila dia nak pergi. Aku akan menangis bila dia pergi. Aku akan cemburu bila dia cerita pasal perempuan lain. Aku akan marah bila dia lambat reply sms. Aku akan geram bila dia langsung tak mahu cerita sesuatu yang aku sangat ingin tahu. Aku tunggu dia muncul setiap kali dia 'hilang'. But that is the old me. Itu semua cerita 4 5 tahun yang dulu.
Masa mengubah segalanya. Maturity is inside me. Aku tak lagi sedih bila dia nak pergi. Pergilah bila perlu, takpe. Aku tak lagi menangis bila dia nak pergi, sebab dia akan kembali bila-bila dia nak. He will not forget me. Takpe, pergilah. Aku tak lagi cemburu bila dia cerita pasal perempuan lain, takpe, ceritalah. I don't mind. Aku tak lagi marah bila dia lambat reply sms, takpe. Tak reply langsung pun takpe, langsung tak hairan. Kalau tak nak cerita semua persoalan yang banyak sangat-sangat yang menjadi misteri sejak dulu lagi pun tak apa, tak kisah jugak. Nak cerita aku dengar, tak nak cerita sudah. Tapi satu je yang masih kekal. Setiap kali dia hilang, setiap kali dia pergi, memang aku harap dia akan kembali sebab aku sangat tak puas hati selagi aku tak tahu apa rahsia dia, selagi misteri tu belum terungkai. Hmm!
Sekarang aku yakin sangat yang hati aku dah kosong tanpa sisa-sisa dia lagi. Yes now my heart is free from anyone. I don't recognize what is love. I am so heartless. Hati batu. Siapa yang hebat je yang dapat pecah masuk dalam hati ni. Jangan harap aku nak suka orang lagi. Bila je secebis perasaan suka tu datang, aku akan buang jauh-jauh and lagipun benda tu tak susah mana pun, very simple.
Hmm, yes. Menyesal suka-suka orang. Duduk diam-diam aje. And tak nak orang suka-suka kita. Kalau suka simpan dulu perasaan tu, buat strategi macam mana nak pecah masuk dalam hati ni okay. Cubalah kalau hebat, kalau kuat, and kalau sanggup. I am difficult to adjust. Don't mistaken my friendliness and my cute behaviors toward you. Because I am so real into that things.
Okaylah apa yang kita merepek dekat atas tu entahlah apa-apapun tak kan edit dah sebab semua kat atas tu tulis spontan tanpa fikir so it might be really from the bottom of my heart. I dont hate boys, I just dont want to have any close relationship with them. Close friends takpe ok boleh tak? Cis merepek lagi, ok bai!

