Allah hadiahkan aku dengan rakan-rakan yang baik, yang ingat-mengingati antara satu sama lain. Tentang aurat, tentang ibadah, tentang hubungan cinta antara lelaki dan wanita. Sampai tiada ruang untuk aku cuba berbuat dosa-dosa yang tak patut dilakukan ketika zaman remaja ni, kerana ada terbit rasa malu pada mereka yang seusia yang lebih baik dari aku. Aku patut bersyukur kerana hidayah ini, yang baru saja aku sedari. Alhamdulillah Ya Rabbi..

