Ya, ini adalah puteri yang selalu sedih. Easily touched by something; words or actions. Aku memang seorang yang mudah sedih, dan selalu sedih, and bila fikir-fikir balik, aku rasa semua ketawa aku dalam kepura-puraan. Aku memang tak berapa suka ketawa. Jap, kalau sedih-sedih tak semestinya tak gembira, kan? And for those yang suka ketawa pun, tak semestinya gembira, kan? Sometime apa yang kita nampak pada luaran seseorang tu adalah apa yang kita takkan jumpa dalam dia. That's why bukan senang nak jumpa seorang manusia yang betul-betul faham aku. Setakat ni, tak ada seorang pun yang faham. Aku cari manusia tu, and always hope that Allah will send the manusia to me one fine day...
Kadang-kadang aku sedih untuk benda yang sangat remeh. Contohnya, bila masakan aku macam tak sedap atau tak jadi, aku rasa macam nak menangis and nak merajuk dengan dapur, kuali, senduk segala bagai. Bila mana-mana bahagian badan terluka sikit, aku rasa sedih macam darah keluar satu baldi. Bila orang memperlekehkan kebolehan aku, aku rasa sedih sampai rasa macam taknak kawan dengan orang tu lagi. Bila roti yang aku beli expired tak sempat nak habiskan, aku rasa sedih teringatkan mangsa kebuluran. Bila aku tengok ada lampu yang terpasang tanpa perlu, aku rasa kesian dekat dunia, aku teringat pada global warming. Ah, banyak lagi yang bikin hati aku sedih selalu.
Aku suka baca novel sedih, aku suka tengok cerita sedih, aku suka dengar lagu sedih. Aku suka semua benda yang menyentuh perasaan.
But people see me as happy-go-lucky person. Sebab semua yang sedih-sedih aku simpan bawah bumbung, tidak di bawah langit.

