Dalam banyak-banyak bulan, aku suka bulan September. Sebab bulan September adalah bulan sembilan, dan bulan ke-sembilan adalah bulan kelahiran aku. Boleh kan macam tu? :)
September kali ni, aku rasa cukup manisnya. Bak gula Melaka.
September kali ni, aku rasa dekat.
September kali ni, sudah aku doa tidak putus, kepada Allah Yang Maha Mengetahui, seandainya kalau dia bukan untukku Kau jauhkan dia dari pandangan mata aku, Kau luputkan dia dari kotak fikiranku, Kau singkirkan dia dari lubuk hati aku. Namun jika sebaliknya, kau tunjukkan jalanNya.
Teringat awal September bila aku kata, kalau aku dah dapat jawapannya. Bila aku kata, aku yakin bukan dia untuk aku. Bila aku kata, aku mengarut bila suka dengan lelaki tu. Perasaan plastik sejak enam bulan yang lalu.
Berlagaknya aku. Bila aku kata, Allah tunjuk jawapan yang kalau dia memang bukan untuk aku. Dan dengan angkuh aku luahkan kalau aku benci dan menyampah dengan dia.
Berlagaknya aku, angkuhnya aku. Sepantas kilat awal September itu, Allah mendekatkan sejurus selepas aku berlagak dan angkuh yakin dia bukan untuk aku.
Kenapa? Jadi sakit hati aku, dihuni rasa rindu.
Setiap usai solat perkara ini jadi perkara wajib dalam doa. Kalau supaya Allah itu jauhkan aku dan dia, kerana sungguh hati aku terseksa. Tak mahu begini, tak mahu.
Dia selalu curi pandang, atau itu cuma perasaan.
Ya Allah, bantu Khairun Nasehah :'(

