Saat-saat terakhir di rumah, bermaksud saat-saat terakhir dengan Naqib Nabihan. Bahang sedih nak meninggalkan dia makin terasa. Sobs. Mana tidaknya, sejak mula cuti semester hari keempat Ramadhan hari tu lagi, malam tu terus Naqib tak nak tidur dengan ayah ummi tapi nak tidur dengan kakak 'Nosehah' dia ni. Sampailah ke hari ini, 5 malam je lagi yang tinggal untuk tidur sama-sama dengan Naqib. Lagi-lagi aku jenis melayan, apa dia nak semua dia bagi. Kalau benda yang tak nak bagi pun, aku ada cara tersendiri untuk alih perhatian dia, bukan dengan sifat amarah. Selalunya pura-pura merajuk dan tak nak kawan dia. Lepas tu dia akan stop doing the thing, peluk dan cium serata muka sambil ungkap kata maaf. Such a sweet boy, and a sweet man-to-be.
Perkara yang selalu aku buat dengan dia cuti ni, beberapa kerja di dapur. Sebab dia suka ikut mana aku pergi. Kalau nak buat apa-apa pemanis mulut untuk buka puasa macam puding ke, kek ke, kuih-kuih ke, bagilah dia tumpang sekali doh ke apa. Atau pun minta dia tolong tuang apa-apa bahan dalam mangkuk adunan. Seronoklah dia, ibarat main masak-masak gitu. Kalau dia nak makan omelet, pecahkan telur untuk dia ke dalam mangkuk dan suruh dia pukul telur sendiri sampai sebati dengan garam. Tumpah atau sepah sikit-sikit tu biasalah, budak kecil.
Kalau bab main game, nombor satu. Kalau bab menonton pulak, selalunya tengok cerita Ultraman dia tu je lah. Tak pun saja-saja bukak channel National Geographic biar dia tengok dan belajar pasal haiwan dan alam semulajadi. So far dia suka. Kalau bab menyanyi, dia memang suka main nyanyi je lagu apa-apa pun, tapi dia dengar lirik-lirik lagu dengan baik. Misalannya kalau ada perkataan 'aku' dia akan mengadu, "Nosehah, dia cakap aku. Tak baik!" Sama juga dengan perkataan benci, bodoh dan sebagainya. Glad that he knew some bad words. Lagu favorite dia sekarang Indahnya Cintaku dengan Untuk Dia (Heyy!). Kalau menyanyi, ish comel je :)
Kalau bab belajar, bukan main lagi cakap nak sekolah tadika tahfiz Shah Alam. Tapi kalau suruh belajar, dia lagi suka main. Untuk had tiga tahun ni, dia dah boleh baca one, two, three,...ten very well. tapi satu, dua, tiga,... tak berapa nak bagus. Tak tersusun main belasah je dia mengira, haha. Kalau ABC bolehlah slow-slow. Alif ba ta pun boleh ikut. Naqib suka melukis. Kalau dia bila dapat pen dengan kertas dia akan main conteng dan toreh je kertas tu. Tapi sekarang dia dah pandai membentuk. Bila dia kata dia lukis matahari, nampak bentuk bulatan dan sinar suria memancar di tepi-tepi bulatan. Bila dia lukis ultraman, nampak gaya tangan, kaki, mata, mulut semua ada. Erm, walaupun buruk sebenarnya hihi. Yang best dia inovasikan lukisan ikan dia sendiri, dan jadikan sebagai helikopter. Dia lukis ikan lepas tu dia tambah kipas atas badan ikan dan buat tayar bawah garisan luar ikan.
Oh! He is such a sweet boy. Selalu panggil-memanggil macam ni dekat rumah. "Sayangkuuuuu." Then another person akan jawab, "Cintakuuuuuuu." Kekadang Naqib suka datang sendiri dekat kita dan suddenly cium-cium. Cair habis. Kalau tidur sama, dia akan peluk dekat tengkok. Geli-geli sikit tapi sebab dia adik dan tangan dia terlalu comel, geli-geli tu pun hilang.
Sorrylah kalau aku ada buat sesiapa bosan sama ada menerusi blog ini, mana-mana chat, sms atau bbm atau whatsapp atau apa-apa. Because I love him so much I can't stop

