Okay ini sesuatu yang menyedihkan. Setiap kali akhir cuti semester mulalah muka pun nak muncung je, sebab dah kena tinggalkan rumah dan balik semula ke Shah Alam. Rasa nak meloncat sebab sedar tak sedar dah masuk Semester 4, Tahun Kedua dah. Tak sabar nak habis, huwaaaaa.
Semester ini dimulakan dengan masuk rumah sewa baru. Really hope that all the housemate being nice and treat me well. Nasib baik ada Yan dengan Alyani sekali. Tak pernah-pernah duduk rumah sewa, ini kali pertama.
Selepas tu, dimulakan juga dengan program persatuan iaitu Kem Gerakan Obor & Khidmat Masyarakat dekat Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang. Semoga berjalan lancar, dan harap semuanya baik-baik je.
Salam.

