May 13, 2013

Tak Terluahkan

Masalah. Semua orang ada masalah. Serius, bila aku taip perkataan pertama dalam post ni je pun, aku dah terasa mahu menangis. Aku rasa macam, "Wah, banyaknya masalah aku." Kalau korang cuba intai pandang, mungkin masalah aku ni kecil je. Cuma, entah. Sedangkan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Samalah dengan kecil-kecil, lama-lama jadi besar, kan?

Masalah kekadang tak terluahkan. Susah kau nak cerita pada seseorang. Nak menghadap seseorang untuk dengar masalah kau. Aku tak selalu cerita masalah aku pada orang, sebab aku percaya yang masalah tu datang semuanya berpunca. Dan puncanya semua dari diri aku sendiri. Dan aku percaya, masalah ini adalah hadiah dari Allah buat aku. Mungkin Allah rasa aku dah jauh hati betul dengan Dia. Lalu diberikan aku masalah yang menggelisahkan hati mendukakan jiwa membasahkan mata, sebab dia nak aku selalu ingat Dia, selalu rindu Dia, selalu cerita dan megadu pada Dia, selalu ingat Dia. 

Masalah satu, aku rindu. Aku selalu rindu dekat keluarga. Jarang aku nak cakap dan beritahu yang aku sayang yang amat dekat ahli keluarga aku. Tapi aku sayang sangat, dan selalu rindu. Dan aku selalu takut kalau Allah ambil mana-mana ahli keluarga aku pergi dulu. Aku selalu berharap kalau Allah pinjamkan lama-lama mereka semua pada aku. Aku belum puas limpahkan kasih sayang pada semua ahli keluarga aku. Aku belum puas berpelukan, bergurau senda dengan ahli keluarga aku. Aku belum sempat nak tunjukkan pada mereka kalau aku betul-betul sayangkan mereka, dan aku nak yakinkan mereka kalau aku sayang sangat mereka. Sayang. Rindu dekat ahli keluarga yang dah meninggal, semua terutamanya Atuk dengan Wan. Allah, pinjamkan Khairun Nasehah ayah, emak, Nadhirah, Naja, Naqib, Tok, Wan dan yang lain-lain lama-lama boleh? :(

Masalah kedua, aku jauh. Aku sedar aku jauh dengan Allah. Aku cuba kutip ilmu Dia hari-hari, aku dapat, tapi susah benar aku nak aplikasikan apa yang aku tahu dalam kehidupan seharian. Teruknya. Aku gagal besar. Mana usaha aku? Aku yang bersalah, aku yang kurang usaha. Sedangkan cita-cita aku, aku nak masuk syurga. Aku nak hidup dekat syurga dengan orang-orang yang aku cintai. Tapi aku bagaikan melangkah ke neraka. Macam tak layak sangat nak masuk syurga. Terlalu hinanya aku, dan terlalu sucinya syurga itu.

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Khairun Nasehah :(