Dec 6, 2011

Manusia senang berubah

Manusia senang berubah. Perasaan manusia pun cepat berubah. Tapi manusia tak pernah sedar, bila je perasaan berubah, orang sekeliling akan rasa sedih. Sebab apa yang kita beri pada dia, tak lagi sama macam apa yang kita beri dulu. Apa yang dia expect dari kita mesti hancur jatuh ke tanah sebab kita dah berubah. Dan mesti perasaan orang tu sangat sedih. 

Saya pernah berubah, I mean my feeling. Mungkin bila saya berubah, saya buat orang sedih dan benci saya. Tapi saya harap dia tahu, ini takdir. Dan segala apa yang berlaku itu sudah ditentukan, dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. 

Perasaan orang-orang yang sering beri perhatian dan kasih sayang pada saya dalam apa sahaja bentuk pun boleh berubah, bila-bila masa sahaja. Langsung tiada jaminan. Sebab itulah, saya suka sikap saya yang sekarang ni. Bukan sombong, bukan bongkak, bukan kedekut, bukan jual mahal. Cuma saya tak akan jadi orang yang mula menggerakkan langkah. Saya betul-betul sedang latih hati saya untuk lebih cekal, kuat! Kita nak jadi superwoman, so kita kena jadi kuat. And untuk jadi kuat, bermula dari hati, the strongest muscle!

Kalau betul seseorang tu mahukan kita, pandang pada usaha dia. Nak seribu daya.

Just now I saw a book at the book shop. Ada tertulis, "Jangan terlalu suka bila orang yang anda suka turut menyukai anda. Jangan juga terlalu gembira apabila anda punya kekasih. Kerana belum tentu dia jodoh kita. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah."